Background

Jom Follow!!I'll Follow u Too!!!

Tabung Aqil's Junior

Oct 15, 2012

Jus Buah Delima dan Khasiatnya utk Preggy Mom

Alhamdulillah..

Pregnant kali ni senang nak cari buah Delima... 4months preggy dah jumpa buah ni kat Taman Medan..beli 2 biji RM5..hari tu pg Terengganu pn jumpa buah ni jugak..RM5 utk 3 biji..hurmm..tp tak jumpa yang merah menyala lagi la..huhhuhu..kena mencari lagi ni..hihihi..

(mitos: kalo preggy mkn buah delima banyak-banyak, InsyaALLAH mata baby akan cantik dan bersinar.. KEBENARANNYA: waallahua'lam) 

Yang penting: amalkan je sbb banyak kebaikan lain jugak tau..

Antara kebaikan/khasiatnya adalah..

"Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat."

sumber mamashealth
 

And sekarang saya nak bagi resepi Jus Buah Delima yang saya amik dari MyResepi

Bahan-bahan (seorang)

Buah delima dibelah 2, diambil separuh dan dikeluarkan isinya.

3 sudu teh gula pasir

200 ml air

ketulan ais

Cara-Cara membuatnya

- Di dalam pengisar buah-buahan, oh saya guna blender biasa tapi yang khusus untuk buat air buah, masukkan isi buah delima, gula dan air.

-Kisar sehingga halus, warna air akan berubah daripada merah ke pink ini disebabkan campuran isi dan juga biji delima.

-Tuangkan ke dalam gelas dan letakkan ketulan ais. sedia untuk diminum.Boleh juga ditambah biji-biji delima untuk hiasan.

-Untuk menghasilkan delima shake, cuma tambahkan setengah cawan susu segar. Mudah sahaja, selamat mencuba.

Wahh macam sedap kan..Jom kita cuba resepi ni kat rumah!!

**ade dua biji buah Delima yang tak makan lagi..minta2 tak busuk lagi..huhuhuhu...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...